Friday, October 30, 2009

i feel good (*_*)

Whoa-oa-oa! I feel good, I knew that I would, now
I feel good, I knew that I would, now
So good, so good, I got you

Whoa! I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

{ sax, two licks to bridge }

When I hold you in my arms
I know that I can't do no wrong
and when I hold you in my arms
My love won't do you no harm

and I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

{ sax, two licks to bridge }

When I hold you in my arms
I know that I can't do no wrong
and when I hold you in my arms
My love can't do me no harm

and I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

Whoa! I feel good, I knew that I would, now
I feel good, I knew that I would
So good, so good, I got you
So good, so good, I got you
So good, so good, I got you
HEY!!

Tuesday, October 27, 2009

selamat berEXAM



walaupun sudah berlalu satu paper...sy tetap nk wish gak. all da bes my frenz 4 diz exam.. all da best in ur life.moga kita sama2 dapat mencapai apa yang kita hajati...ape yang penting?kerjasama...oh tidak.mne boleh kerjasama dalam exam. berdoalah dan mohonlah pada Yang Maha Esa moga kita dipermudahkan dalam setiap langkah kehidupan kita. Wallahualam.

berfikir sejenak



kadang2,kita xmenduga pon sesuatu akan terjadi. maka,janganlah kita bertindak terlalu melulu dan mgikut prasaan sangat.kelak,ia membahayakan diri kita.janganlah terlalu ikot emosi dan banyak-banyakanlah berdoa pd Maha Esa kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.satu lagi,selalu beringatlah bahawa kita hanya manusia. Kita tiada hak untuk merendah-rendahkan orang lain sedangkan disisi Allah darjat kita adalah sama sahaja. Tak kiralah kita pandai ke, xpandai ke, kurus ke,gemuk ke,hitam ke atau putih. Yang membezakan kita semua hanyalah amalan kita.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri.Tolonglah bersyukur dengan apa yang kita dan bukanlah untuk menghina orang lain.Mulut perlu dijaga. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnyer..btl ke?betol kot.haa..."kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa".

bukan senang nak menghidupkan hati.banyakkan brdoa dan membaca al-Quran untuk kebahagian bersama. bukan dunia sahaja yang kita cari tp biarlah seimbang dunia akhirat kerana dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum sampai ke destinasi.

ubatilah hati ini sebelum parah.

so,pliz la..jangan sesekali memandang rendah pada orang. Bukan semua pendapat kita betul. Tolonglah hormati perasaan orang lain jugak.tolong la terima pendapat orang lain jugak.i really hate dat kind of person...but,banyak orang banyak ragam.judge urself first..you not perfect right? kalau kita nak btulkan orang lain,kita kne betulkan diri sendiri dulu. Kita juga xboleh pentingkan diri sendiri sangat n suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Ingatlah. kesabaran orang lain juga ada batasanya.Please appreciate people around you..rememba,without them you are alone...if you not change you can be alone forever....forever and forever.sekadar luahan perasaan.semoga menjadi renungan bersama dan nasihat untuk diri saya sendiri.




basuhlah hati itu agar tidak melukakan ramai orang

Fantasy VS Reality

thankz ya Cik Rosely for da sushi n KFC..xsangka la pulak cik betol2 mau belanja kami... mulanya, kami juz main-main je....tak mengharap pape pon,the beginning is dis photo. Atak kfc last, cik kata nk blanja sushi. pastu ,ade yang mntak kfc pulat...dah la dia cakap..boleh la,,,blh la. sy igtkan cik cakap bleh bla...tp respon positive la plak...cik nk blanja dua-dua.so,kami makan aje. thank ya for everything....kire open house incikk la nie ye..



fantasy




reality

*cuba bilang btol2...pic kt atas sama je bilangannye kn..
cume pic kt bwh xde cik rosely aje...dia yang snap dis pic.

Tuesday, October 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY DEAR

Dear Adriana Nasuha @ suha @ a'a,

Happy Birthday my sweetheart. Ari ni da genap 2 tahun umur adik. Skejap je masa berlalu ye. Tuptup da besar da adik kakak ni. Suha, Kak yaya juz wanna to wish dat u will bcome a good girl.

  • Semoga Suha menjadi anak yang menghormati mama dan abah.
  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  • Semoga bahagia dunia akhirat dan diberkati ALLAH selalu.



little cute princess


knape gelap sgt nie????hehe



now, in vocation..HAHA


time 2 eat...nyum2


sy pon nk g skolah jugak...bye2 mama~

Monday, October 19, 2009

Open house Dr.Abade

Sabtu lepas(17 Oct)budak2 SCV ade trip to open house umah Dr.Abade sempena Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan pulak,ari tu hari Deepavali. Ni kiranya kongsi raya la jugak...hehehe.Kami semua bertolak dlm kul 2 lebih and masa tu mkanan stil banyak lagi taw. Agak beruntunglah jugak. Menu dia laksa penang, nasi putih and behoon soup. Tp bukan semua bdk2 SCV join trip ni cz atas sbb2 tertentu...klu semua ade mesti lagi meriah kan. Antara photo2 yg bjaya disnap pd hari tersebut.masing2 pantang nengok kamera...msti celah pnyer...



kami semua 3SCv trmasuk k.Saadah n akak2 master len tmasuk Dr.Abdullah


masing2 yg kelaparan.smpai je trs terkam......


girl only but ade jugak yang sesat....


girl are not allowed....


brebut kek...sapa cpt dia dpt...


sumer try control ayu xcept me!!!!


sblm balik smpt lg snap...hehe....

Sunday, October 18, 2009

Gadis gitar berkebaya

kawan2,stil igt kak Ana Raffali nie..ex-BWP MRSM Pendang dulu kn..now,dia da jadi Gadis gitar berkebaya....you can refer to youtube plak k for any info n prove...


Setiap lagu ada momen tersendiri. Saya mahu memperjuangkan muzik dan Melayu(Ana Raffali)

Aksi seorang gadis berkebaya di pentas sambil memeluk dan memetik gitarnya tampak begitu manis sekali. Dia Ana Raffali, bagi yang belum mendekatinya.

Gadis ini jatuh cinta dengan gitar dan baju tradisi warisan Melayu dan dia selesa dengan segala yang disarungkan. Lebih bermakna lagi, Ana bukan sekadar menyanyi dengan gitar, bukan juga mengisi masa lapang atau sekadar hobi.

Dia malah melagukan melodi dan nyanyian untuk merealisasikan cita-citanya, mahu bergelar penyanyi sekali gus komposer. Malah, serius dengan impian itu.

Vokal gadis berusia 23 tahun ini sudah kedengaran di corong-corong radio membawakan lagu ciptaan sepenuh miliknya, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Menyuntik aura cinta melalui lagu ini dengan imaginasi dan perasaan bunga-bunga mengintai seorang jejaka, itu adalah sifat Ana, penuh dengan mimpi-mimpi dan khayalan.

Hanya bermula dengan seorang pemimpi di siang hari dan masih kekal dengan sifat itu, Ana sudah berhasil menulis sekitar 30 buah lagu. Itu hasil dan impak dirinya yang banyak membaca buku cerita. Itu juga adalah amanat arwah kakak yang pernah menjadi pendorong setia jiwa seni Ana.




Lewat jatuh cinta

Lewat jatuh cinta dengan gitar, ia bukan alasan buat Ana untuk tidak meneruskan cita-citanya. Pada usia masih bergelar mahasiswi, dia yang sering berkumpul dengan kawan-kawan sambil menyanyi dan berlagu gitar menyedari bahawa instrumen itu bakal mewarnai lagi sajak-sajak yang ditulisnya. Lantas dalam hujan yang lebat dan duit yang dikongsi bersama teman, dia berlari mendapatkan Fortee 6, jolokan yang diberikan kepada gitar pertamanya yang dibeli di Petaling Jaya.

Bersatu dengan gitar milik sendiri, lagu pertama yang dilagukan berjudul Masih. "Saya menyanyi kali pertama di pentas untuk sebuah acara, Layar Tanchap yang diadakan di Shah Alam, melagukan lagu ciptaan sendiri. Secara serius pula pada acara Akustik Rantai di Annexxe, Pasar Budaya, Kuala Lumpur," ujarnya yang kala itu dalam debar campur teruja. Ungkap Ana lagi, antara faktor yang mencetuskan dirinya menyanyi sambil memetik gitar ialah temannya, seorang jejaka Jepun yang banyak memberinya inspirasi dan membawanya menonton konsert John Mayer di negara matahari terbit itu.

Bertemu Aidit Alfian

Jalan dengan hasrat yang tersimpan erat bagaikan sudah ditakdirkan apabila berlaku pertemuan dengan komposer Aidit Alfian yang menemui Ana di laman web YouTube. Nasihat yang disampaikan oleh komposer itu untuk terus berkarya antara azimat yang dipegang Ana hingga kini bergelar artis di bawah Aidit Alfian Records. Bersama Aidit, Ana mula meneroka pentas demi pentas. Lantas grup Marhaens ditubuhkan dengan anggotanya terdiri daripada Aidit Alfian, Andy FP, GG, Alfa Booty, Mie FP, Rumie Booty dan Iqbal mengiringi dan mengukuhkan lagi persembahan dan bunyi-bunyian muzik ciptaan Ana. Antara lagu yang sudah mendapat tempat di hati penggemar setianya termasuklah Tingkap Kaca, Ghost dan Mekanika.


"Perancangan kini sesudah keluar dengan single pertama, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur ialah bagi menghasilkan album pula. Jika tiada aral melintang, bulan Januari depan, album saya akan muncul dengan enam buah lagu hasil ciptaan sendiri," tuturnya yang menyatakan darah seni itu sudah mengalir deras dalam setiap ahli keluarganya menerusi pelbagai cabang.

"Sejak dulu lagi saya tidak berasa pelik apabila melihat gadis bermain gitar. Tetapi dalam dunia seni tempatan, masih belum ramai lagi yang beraksi begitu dan saya mahu bergerak secara serius. Bukan hanya menyanyikan lagu-lagu saya, tetapi jauh di sudut hati, saya mahu memberikan lagu ciptaannya kepada penyanyi lain untuk dinyanyikan," ucapnya yang mengagumi M. Nasir sebagai komposer dan penyanyi.

"Setiap lagu yang saya tulis merupakan entiti kehidupan. Setiap lagu ada momen tersendiri. Saya mahu memperjuangkan muzik Melayu. Saya mahu khalayak berasa bangga dengan lagu-lagu dan bahasa kita," ujarnya yang manis berbaju kebaya hijau muda dan duduk bersila ketika ditemu ramah.

sumber:kosmo online(18 oct 09)


Saturday, October 17, 2009

Asas panduan menjaga dan mengubati hati

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang berbunyi:

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati"



Asas panduan menjaga dan mengubati hati.(Iman AL-Ghazali)

Asas pertama:
Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:

Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.”

Asas kedua:
Sabda Rasulullah s.a.w. : ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.

Asas ketiga:
Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang semuanya mengikut kehendak hati.


Renung-renungkanlah....moga2 kita tak tergolong dlm golongan ini.Wallahualam.

Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain. Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik.
(Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)




"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih"

Monday, October 5, 2009

sekadar renungan bersama

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.

sumber: berita harian(4 oct 2009)

Saturday, October 3, 2009

Tahukah anda.............

PENYAKIT DAPAT MENGURANGI DOSA

Orang mukmin yang menderita suatu penyakit yang
menyebabkan kerugian fisik dan bersabar
menghadapinya, tidak mengadu-adu atau berburuk
sangka terhadap Allah SWT, maka sakitnya itu akan
dapat mengurangi dosa-dosa yang pernah dilakukannya.


ISTRI BERHAK MEMILIH SUAMI DI SYURGA

Wanita mukmin yang menikah dengan lebih dari satu
orang suami (dalam masa yang berbeda) berhak
memilih siapakah yang akan menjadi suaminya di
syurga kelak (seandainya laki-laki yang
dinikahinya masuk syurga). Rasulullah saw ketika
ditanya masalah ini menjelaskan: "Wanita tersebut
bebas memilih. Dan sudah tentu yang dipilihnya
yang baik akhlaknya".


HARAM MEMBAKAR MAYAT

Membakar mayat hukumnya adalah haram. Yang berhak
menyiksa dengan api hanyalah Allah SWT. Manusia
diciptakan dari tanah, dan dikembalikan lagi
kepada tanah. Bagi mereka yang berpendapat bahwa
membakar mayat dapat mencegah timbulnya penyakit
dan wabah, alasan yang dikemukakan itu tidak ada
hubungannya dengan agama Islam.


HUKUM MENGUBURKAN MAYAT PAKAI PETI

Tahukah Anda...menguburkan mayat orang Islam
dengan memakai peti hukumnya adalah makruh,
kecuali karena sebab-sebab tertentu seperti:
tanahnya basah dan cepat longsor, mayatnya rapuh
karena terbakar dan sebagainya dan terdaat
binatang buas yang kemungkinan dapat menggali
tanah dan hanya bisa diselamatkan mayatnya dengan
memakai rujuk dalil masalah tersebut dalam
Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj, karangan
Imam Syihabuddin Arramli juz III, hal. 30.


MU'AZIN SALAH SATU YANG AWAL MASUK SYURGA

Orang yang azan (bilal-bilal) yang ikhlas
melaksanakan tugas mereka merupakan sebagian
kelompok pertama diseru memasuki syurga. Menurut
sebuah hadist, baginda Rasulullah SAW menerangkan
orang-orang yang akan memasuki syurga dalam
peringkat awal ialah sebagai berikut: Para Nabi,
Para Syuhada, Mu'azin di Ka'bah, Mu'azin di
Baitul Maqdis, Mu'azin yang ikhlas menjalankan
tugas mereka.


PELAYAN-PELAYAN DI SYURGA IBARAT MUTIARA BERTABURAN

Di dalam syurga, para penghuninya mendapatkan
khidmat dari para pelayan yang muda belia, usia
yang sebaya dan tidak akan berubah keadaannya.
Allah SWT mengibaratkan mereka bagaikan
mutiara-mutiara bertaburan yang tidak ada cacat
celanya. Firman Allah yang berkaitan dengan
gambaran para pelayan syurga ini, maka bacalah
Surat Al-Waqiah ayat 17-18, Surat At-Tur ayat 24
dan Al Insan ayat 19. Berdoalah, agar kita
menjadi kalangan orang mukmin yang akan memasuki
syurga dengan rahmat Allah SWT dan mendapat
layanan istimewa dari para pelayan syurga
tersebut. Amien...


JUMAAT HARI RAYA BAGI PENGHUNI SYURGA

Di akhirat khususnya di syurga ada hari-harinya
seperti di dunia ini juga, yaitu pertama hari
Jum'at, Sabtu, Minggu, Senin, Selasa, Rabu,
Kamis. Setiap hari-hari yang disebutkan itu,
ahli-ahli syurga saling ziarah menziarahi.
Anak-anak menziarahi ibu bapaknya, murid-murid
menziarahi gurunya, para umat menziarahi
nabi-nabi dan begitulah sebaliknya. Puncak
harinya ialah hari Jum'at yang dikatakan hari
raya bagi para penghuni syurga karena pada hari
itulah khususnya mereka menziarahi Allah SWT
(Rujuk Al-Jauhar Mauhub).

PENGHUNI SYURGA TIDAK TIDUR

Tahukah anda bahwa penghuni syurga tidak tidur.
Dalil menyatakan bahwa tidur adalah sejenis maut,
sedangkan penghuni syurga itu hidup. Penghuni
syurga tidak tidur karena jasad mereka tidak
memerlukan tidur.


MEMBACA AL-QUR'AN ADALAH IBADAH

Membaca Al-Qur'an merupakan satu ibadah, asalkan
diniatkan untuk ibadah dan tidak diniatkan untuk
hal-hal yang lain. Membaca Al-Qur'an merupakan
ibadah utama setelah ibadah sholat, walaupun
membacanya tidak memahami artinya, tetapi
pembacaannya dan mereka yang mendengarkannya juga
akan mendapatkan pahala.


MALAIKAT BERASAL DARI CAHAYA

Asal kejadian Malaikat itu ialah dari cahaya,
sebagaimana manusia anak cucu Adam berasal dari
tanah dan jin itu diciptakan dari api. Rasulullah
saw bersabda: "Dijadikan Malaikat itu dari Nur
dan dijadikan jin itu dari nyala api, dan
dijadikan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu."


SYARAT-SYARAT MENJADI WALI ALLAH

Menjadi Wali Allah (kekasih Allah) ada
syarat-syaratnya. Menurut yang diputuskan oleh
para ulama termasyur, ada tiga syaratnya yaitu:
Pertama, orang mukmin, kedua, bersifat senantiasa
melazimkan taqwa kepada Allah, ketiga, tidak
mementingkan diri dengan kelezatan syahwat,
keinginan nafsu walaupun yang mubah. Kalau
orang-orang memenuhi syarat tersebut kemungkinan
besar dialah 'Wali Allah' Wallahualam....


YANG DIMAKSUD DENGAN TAHUN GAJAH

Tahukah Anda....apakah yang dimaksud dengan Tahun
Gajah yang biasa disebutkan sebagai tahun
kelahiran Nabi Muhammad saw? Tahun Gajah adalah
tahun terjadinya penyerangan Ka'bah oleh tentara
Abraha dari Yaman. Sebagai pemimpin pasukan,
Abraha sendiri berada di depan dengan menunggang
seekor gajah besar. Motif penyerangan itu adalah
untuk menghancurkan Ka'bah, sehingga tempat suci
tersebut tidak diziarahi oleh orang-orang Arab,
karena Abraha ingin tempat suci yang dibangunnya
di Yaman, menjadi tempat ziarah yang ramai.
Berkat pertolongan Allah rencana Abraha itu
gagal, karena ia dan pasukannya terserang wabah
cacar yang mematikan.
Bahkan ia sendiri mati
karena penyakit tersebut. Peristiwa tersebut
terjadi pada tahun 570 M.



MALAIKAT JIBRIL MEMBAWA BERITA GEMBIRA

Ada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Zar
ra, bahwa siapa saja yang tidak melakukan syirik
terhadap Allah maka ia dijamin masuk surga.
Rasulullah saw bersabda: "Malaikat Jibril datang
kepadaku untuk menyampaikan kepadaku berita
gembira, yaitu barang siapa di kalangan umatku
yang di akhir hayatnya tidak berbuat syirik
kepada Allah dengan bermacam bentuk-bentuk
kemusyrikan, dia niscaya dimasukkan ke dalam
surga......".


MATAHARI GUGUSAN BINTANG YANG SANGAT BESAR

Matahari adalah salah satu dari gugusan bintang
yang sangat besar. pakar ilmu Falak yakin, bahwa
dalam gugusan bintang kita (Galaxy Spiral)
terdapat seratus milyar bintang.
Menurut mereka
seandainya setiap menit kita mampu menghitung
seratus bintang, maka kita memerlukan dua ribu
tahun lamanya, siang dan malam untuk dapat
menyelesaikan hitungan bintang tersebut. Mengenai
besar matahari dikatakan bahwa ia lebih besar
sejuta kali lipat daripada bumi, bahkan lebih.
Wallahua'lam...


ORANG-ORANG FASIK TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH

Orang orang fasik ialah mereka yang tidak
menjalankan hukum-hukum Allah dengan keyakinan
bahwa hukum tersebut lebih baik atau sama dengan
hukum Allah. Allah SWT berfirman, "Barang siapa
tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang
yang fasik." (Al Maidah:47)


ALLAH MEMBERI TANPA MENGUMPAT

Jika kita mendapat pertolongan manusia, belum
tentu Anda bebas dari pamrih dan omongan orang
yang menolong kita. Karena manusia itu mempunyai
sifat mengungkit, mengharapkan pujian dan
sebagainya. Karena itulah Abu Hanifah telah
berkata, "Barang siapa yang aku tidak memerlukan
hartanya maka aku tidak peduli jika ia menghina."
Kata Abu Hanifah lagi: "Pemberi yang mempunyai
Arasy, lebih baik daripada pemberianmu. Dan
anugerah-Nya yang luas di harap-harap oleh yang
menantikannya. Engkau mengotori pemberianmu
dengan umpatan, sedangkan Allah SWT memberi tanpa
umpatan dan kotoran."


HARAM MENCUKUR BULU KENING

Tahukah Anta....bahwa hukum mencukur bulu kening
atau 'alis' baik lelaki maupun wanita hukumnya
adalah haram. Rasulullah dalam sebuah hadistnya
bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur
alisnya dan wanita yang minta dicukur alisnya."


DI SYURGA ADA PASAR

Seperti juga di dunia ini, di syurga juga ada
pasarnya. Keistimewaan pasar di syurga
digambarkan oleh Rasulullah saw. Dalam sebuah
hadist berikut ini, "Sesungguhnya di syurga itu
ada sebuah pasar yang didatangi oleh penduduk
Syurga setiap hari Jum'at. Maka setiap angin dari
selatan mengenai wajah dan pakain mereka,
tiba-tiba wajah dan pakaian mereka berubah
bertambah indah. Sehingga mereka kembali di
tengah-tengah keluarganya, maka keluarga mereka
berkata, 'Demi Allah, kamu bertambah bagus'.
Mereka menjawab, 'Dan demi Allah, kalian pun
sepeninggalan kami juga bertambah cantik'." (HR.
Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

mahkota ayah ibu..........


“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,”