Sunday, February 28, 2010

jom buat ISTIKHARAH

Kesukaran membuat keputusan yang baik boleh memberi masalah kepada kita.Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah bagi memohon petunjuk dari Allah.Solat Istikharah membantu kita memohon petunjuk mengenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.(memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik)

Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.Kata Jabir bin Abdullah: "Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: 'Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini.

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa diatas (mulakan dengan bismillah dan selawat dahulu).

selamat mencuba kawan2...ini hanya sekadar panduan unt dikongsi bersama....wallahualam.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

Sabda nabi Muhammad SAW,
Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat .

'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat,angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 .Ibnu Mas ' ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah
kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tuesday, February 23, 2010

Contest Cerita Di Sebalik Gambar


i will miss u.....

tutt..tutt..tutt...1 msg received.sape la msg pagi2 nie..1 jam ag exam last paper lak tu..networking...yeayy!!!!received msg tu lebih krg cam kt bawah nie la....

kak cah:salam yaya,ade mane tu?
yaya :ngah siap nk g exam nie.last paper..hehe.
kak cah:oh yeke?gud luck la.jwb molek.
yaya :thanks.

terus kluar bilik n turun nak g dewan exam kat Kolej Tun Dr.Ismail(KTDI).tp on da way tu rase cam dok sedap ati je.susah sgt nak describe perasaan mase tu,bercampur gaul,hanya Allah je yang tahu.Lepas tu,cam biasa la..klu nak exam kne la call umah dulu nk mntak restu mama ngan abah.

yaya:Hello.assalamualaikum abah,dok buat pe tu?sbb pe yaya call umah xde orang
jawab?ade kt mne tu?

abah:Erm,dok buat mnde pon.Nak kluar nie,nak gi jalan.
yaya:amboi,awalnyer nak g jalan.(dlm ati,bru kul 7 lebih...diorg nk g mane nie)
abah:nak exam dah ke tu?
yaya:a'a,ade luar dewan dah nie...jap ag masuk la.
abah:last paper kn..jawab molek la.prepare doh kn ng g perang tu?
yaya:insyallah...ok la abah,yaya g dulu.kim salam kat mama.Assalamualaikum.(padahal
dlm ati,abis la dok bace mnde pon sebab mmg blurr dr smlm).

abah:w'salam.

pelik nie,10 minit ag nak exam tp knape org lam dewan xkuar2 lagi...ish3x.cuak2.at last,g la tnye org kt dlm dewan tu.Rupa-rupanya,dewan exam dah tukar dekat N24.Cepat2 masuk kereta dan trus ke N24.sampai sane dah lewat dalam 5 minit dan dewan pon dah penuh..last2 masuk dewan sebelah je,mix dgn budak2 jabatan lain.xpe la,pasrah je sebab masih boleh amik exam...

Dalam dewan
sgt2 blurr..xleh nak pikir sebab kalut berkejaran tadi.tibe-tibe je jadual tempat exam berubah....tp fikiran mase tu duk pikir mnde pelik2 sebab pe kak cah msg awal2 pagi?abah plak pegi jalan pagi2 buta..xpenah dibuat orang tu...bila da rase ok dan tenang sket,barulah cuba jawab soalan...macam2 dok fikir mase exam tu...tringat dekat tok tibe-tibe.yang xtahanyer mase tu da fikir negatif dah."klu kak ti mari ambik nie,smpat dok tgk tok.mesti tanam dah nie.siyes,automatik terfikir benda ni walaupun tak tau citer sebenar."mmg lansung tak fokus lansung mase tu.mmg ade gangguan perasaan mase tu.akhirnye,kluar dari dewan exam awal sejam lepas dah sattlekan sumer soalan yang tak taw la betul ke salah.semua main hentam je sbb rase cam dah tepu dah otak...

Luar dewan exam
Terus call abah banyak kali,tapi xde orang angkat.xde bateri kot...ayat nak sedapkan hati.Hoorey!!!da abes exam..tp xde perasaan pon. Sampai bilik terus nek katil n tido dalam kul 12.30.Pukul 2.00 bangun tuk solat zohor dan call abah lagi.

yaya:assalamualaikum.
abah:w'salam.
yaya:abah g mane tadi.sebab ape yaya call xde orang angkat pon?
abah:Dengar sini abah nak cakap.Sabar eh.
yaya:Ya Allah,air mata mengalir laju...xnak dengar2...yaya tahu dah...
abah:Dengar ni,tok xde dah.Abah baru balik nie.bru lepas tanam.
yaya:?????????
abah:sabar la...ngaji la banyak-banyak.sedekah ke tok.
yaya:ok la abah.assalamualaikum.terus letak phone.


call kak ti,terus nangis..nangis..nangis.tp stil xboleh balik pon...Al-Fatihah untuk tok.DaripadaNya kita datang, dan kepadaNya kita dikembalikan.

akhirnya,berjaya jugak sy masuk contest nie walaupun da nyawa2 ikan da...disaat2 akhir plak tu.nie pon sebab terpandang gambar tu dalam buku mase kat ofis tadi. xpe,kerja disaat akhir selalunye mmg menjadi.tp sbenarnya xbrape nak elok la. Pape pon,semuanya ketentuan Allah..kita hanya mampu merancang,Dia penentu segala-galanya.Wallahualam.