Thursday, August 12, 2010

Ahlan wa sahlan ya ramadan.


Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...akhirnya menjelma jua Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah S.W.T telah menjanjikan untuk kurniakan pahala dan kelabihan berlipatganda termasuklah juga balasan syurga.Lihatlah betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

1. Pintu syurga akan dibuka sepanjang Ramadhan,pintu neraka pula ditutup.(Allah mengasihani hambaNya yg taat beribadat dan menurut perintahNya)
2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan ibadat dengan penuh keimanan dan keikhlasan.(perlu jaga nafsu shj)
3. Puasa mampu menjadi perisai diri drpd terjebak dgn maksiat.
4. Ia juga mampu menghapuskan segala dosa-dosa yg lepas jika kita benar2 bertaubat.
5. Jauhi dr perkara syirik samada berbentuk perbuatan,niat dan percakapan.
6. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
7. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan bila bertemu Allah kelak.


Kawan-kawan,marilah kita berpuasa untuk mendapat keredhaanNya.Kita puasa bukan hanya untuk menahan makan dan minum sahaja. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya. InsyaAllah. Selamat menjalani ibadah puasa.Semoga kita sentiasa berada dalam limpahan barakahNya....


Wednesday, August 4, 2010

busy oh busy

lame da xupdate blog...rindu tu ade jugak tapi saya agak busy kebelakangan nie tuk uruskan PSM dan keje2 lain. Lagi dua minggu kne tunjukkan hasil PSM II dekat supervisor saya,sekejap je mase berlalu.Harapan sy,dapatlah siapkan keje tu yek...supervisor pon da sound awal kt kami bdk2 psm dia "Kalau xsiap keje nie kamu yang siap".hehehe.nie yang kne struggle lebeh ney. Kawan2,doakan supaya sy dpt siapkan psm dan dpt grad in time.... Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.Jadi,kne banyak2 berdoa la skrg nie... Insyallah,kalau ade mase terluang nanti sy akan update blog yang dah berhabuk nie...need to stop here,ade kelas plak.wassalam~