Tuesday, November 3, 2009

Pintaku......



Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku kasih sayangMu,
kasih sayang orang yg mengasihiMu,
dan apa juga kasih sayang yang membawa aku dekat kepadaMu.

Monday, November 2, 2009

Nature's way to beautiful

ape kaitan tajuk ng entri ari nie yep...haha.


otw nk g exam pg tadi,alya de dpt 1 sms dr teacher As.

Dah bangun belum? Ada kat bilik ke? Tak da exam hari ni?

knape plak teacher sms pagi2 nie.hehe. padahal bilik ktorg selang bape buah aje. act,alia da kt fac mse tu. ngah menghitung mase nak masuk exam hall sambil mulut dok nguyah2 karipap. breakfast merangkap lunch skali. pas ckp kt teacher yg alya de exam,dia sms balik n soh singgah kt bilik dia lps balik exam... nape ye?itu yg kite xtaw.HAHA.





taraa....i get diz.

TQ 4 da present. dia bg sbb sy da nak keje katanye. hakikatnye, hanye lat.industri. kami kne seperate la pas nie. xdok 1 blok lg da, bilik da x dekat da...sedih.sob..sob...sob.

Dah la dia pesan:my great teacher Asliaty Atim
Alia, awk jgn lupe kt teacher taw... Insyallah,sy xkan lupakan orang yang telah banyak curahkan ilmu tuk sy. Ya Allah,sedihnyer nk tinggalkan utm nie. Thankz ya teacher 4 everything. halalkan makan minum saya ye. Thankz 4 taking care about me...i will miss u teacher.


sepatotnyer teacher bli tok b'fast tp da jd lunch plak....


tapau sebab perut already full...wk b'fast lak....




Permata yang dicari (~-~)

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

e.x.a.m_ m.o.d.e

today,so tired....act,really frust wif presentation dis morning. ala-ala kne reject je wlaupon dia xckp.bukan i sowg jew yang frust taw. blh katakan hampir sekelas la.wlaupon exam graphic modelling da lepas tp assignment tak lepas2 lagi....caner ni.rabu ni present lg ke!!satu penyiksaan nie.parah2.yes, penantian satu penyeksaan.sape2 ble explain?silakan.Exam da lepas tp projek..huhuhu...tak boleh jadi ni...kne repair gak.xkn nk bg result trk sbb xlepas projek nie.sape-sape yg taw modification tu tolong-tolong la gtaw ye.

da lepas da 2 paper...lega sikit.
it entrepreneurship(26 oct)
geometrical modelling (1 nov)

ok la,need to study dlu,still ade 3 paper to fight nie...chaiyok2 alia.u can do it.fokus2.
computer science theory (3 nov)
image processing (5 nov)
data visualization (10 nov)

Friday, October 30, 2009

i feel good (*_*)

Whoa-oa-oa! I feel good, I knew that I would, now
I feel good, I knew that I would, now
So good, so good, I got you

Whoa! I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

{ sax, two licks to bridge }

When I hold you in my arms
I know that I can't do no wrong
and when I hold you in my arms
My love won't do you no harm

and I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

{ sax, two licks to bridge }

When I hold you in my arms
I know that I can't do no wrong
and when I hold you in my arms
My love can't do me no harm

and I feel nice, like sugar and spice
I feel nice, like sugar and spice
So nice, so nice, I got you

Whoa! I feel good, I knew that I would, now
I feel good, I knew that I would
So good, so good, I got you
So good, so good, I got you
So good, so good, I got you
HEY!!

Tuesday, October 27, 2009

selamat berEXAM



walaupun sudah berlalu satu paper...sy tetap nk wish gak. all da bes my frenz 4 diz exam.. all da best in ur life.moga kita sama2 dapat mencapai apa yang kita hajati...ape yang penting?kerjasama...oh tidak.mne boleh kerjasama dalam exam. berdoalah dan mohonlah pada Yang Maha Esa moga kita dipermudahkan dalam setiap langkah kehidupan kita. Wallahualam.

berfikir sejenak



kadang2,kita xmenduga pon sesuatu akan terjadi. maka,janganlah kita bertindak terlalu melulu dan mgikut prasaan sangat.kelak,ia membahayakan diri kita.janganlah terlalu ikot emosi dan banyak-banyakanlah berdoa pd Maha Esa kerana Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.satu lagi,selalu beringatlah bahawa kita hanya manusia. Kita tiada hak untuk merendah-rendahkan orang lain sedangkan disisi Allah darjat kita adalah sama sahaja. Tak kiralah kita pandai ke, xpandai ke, kurus ke,gemuk ke,hitam ke atau putih. Yang membezakan kita semua hanyalah amalan kita.Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri.Tolonglah bersyukur dengan apa yang kita dan bukanlah untuk menghina orang lain.Mulut perlu dijaga. Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnyer..btl ke?betol kot.haa..."kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa".

bukan senang nak menghidupkan hati.banyakkan brdoa dan membaca al-Quran untuk kebahagian bersama. bukan dunia sahaja yang kita cari tp biarlah seimbang dunia akhirat kerana dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum sampai ke destinasi.

ubatilah hati ini sebelum parah.

so,pliz la..jangan sesekali memandang rendah pada orang. Bukan semua pendapat kita betul. Tolonglah hormati perasaan orang lain jugak.tolong la terima pendapat orang lain jugak.i really hate dat kind of person...but,banyak orang banyak ragam.judge urself first..you not perfect right? kalau kita nak btulkan orang lain,kita kne betulkan diri sendiri dulu. Kita juga xboleh pentingkan diri sendiri sangat n suka mengambil kesempatan ke atas orang lain. Ingatlah. kesabaran orang lain juga ada batasanya.Please appreciate people around you..rememba,without them you are alone...if you not change you can be alone forever....forever and forever.sekadar luahan perasaan.semoga menjadi renungan bersama dan nasihat untuk diri saya sendiri.




basuhlah hati itu agar tidak melukakan ramai orang

Fantasy VS Reality

thankz ya Cik Rosely for da sushi n KFC..xsangka la pulak cik betol2 mau belanja kami... mulanya, kami juz main-main je....tak mengharap pape pon,the beginning is dis photo. Atak kfc last, cik kata nk blanja sushi. pastu ,ade yang mntak kfc pulat...dah la dia cakap..boleh la,,,blh la. sy igtkan cik cakap bleh bla...tp respon positive la plak...cik nk blanja dua-dua.so,kami makan aje. thank ya for everything....kire open house incikk la nie ye..



fantasy




reality

*cuba bilang btol2...pic kt atas sama je bilangannye kn..
cume pic kt bwh xde cik rosely aje...dia yang snap dis pic.

Tuesday, October 20, 2009

HAPPY BIRTHDAY DEAR

Dear Adriana Nasuha @ suha @ a'a,

Happy Birthday my sweetheart. Ari ni da genap 2 tahun umur adik. Skejap je masa berlalu ye. Tuptup da besar da adik kakak ni. Suha, Kak yaya juz wanna to wish dat u will bcome a good girl.

  • Semoga Suha menjadi anak yang menghormati mama dan abah.
  • Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
  • Semoga bahagia dunia akhirat dan diberkati ALLAH selalu.



little cute princess


knape gelap sgt nie????hehe



now, in vocation..HAHA


time 2 eat...nyum2


sy pon nk g skolah jugak...bye2 mama~

Monday, October 19, 2009

Open house Dr.Abade

Sabtu lepas(17 Oct)budak2 SCV ade trip to open house umah Dr.Abade sempena Hari Raya Aidilfitri. Kebetulan pulak,ari tu hari Deepavali. Ni kiranya kongsi raya la jugak...hehehe.Kami semua bertolak dlm kul 2 lebih and masa tu mkanan stil banyak lagi taw. Agak beruntunglah jugak. Menu dia laksa penang, nasi putih and behoon soup. Tp bukan semua bdk2 SCV join trip ni cz atas sbb2 tertentu...klu semua ade mesti lagi meriah kan. Antara photo2 yg bjaya disnap pd hari tersebut.masing2 pantang nengok kamera...msti celah pnyer...



kami semua 3SCv trmasuk k.Saadah n akak2 master len tmasuk Dr.Abdullah


masing2 yg kelaparan.smpai je trs terkam......


girl only but ade jugak yang sesat....


girl are not allowed....


brebut kek...sapa cpt dia dpt...


sumer try control ayu xcept me!!!!


sblm balik smpt lg snap...hehe....

Sunday, October 18, 2009

Gadis gitar berkebaya

kawan2,stil igt kak Ana Raffali nie..ex-BWP MRSM Pendang dulu kn..now,dia da jadi Gadis gitar berkebaya....you can refer to youtube plak k for any info n prove...


Setiap lagu ada momen tersendiri. Saya mahu memperjuangkan muzik dan Melayu(Ana Raffali)

Aksi seorang gadis berkebaya di pentas sambil memeluk dan memetik gitarnya tampak begitu manis sekali. Dia Ana Raffali, bagi yang belum mendekatinya.

Gadis ini jatuh cinta dengan gitar dan baju tradisi warisan Melayu dan dia selesa dengan segala yang disarungkan. Lebih bermakna lagi, Ana bukan sekadar menyanyi dengan gitar, bukan juga mengisi masa lapang atau sekadar hobi.

Dia malah melagukan melodi dan nyanyian untuk merealisasikan cita-citanya, mahu bergelar penyanyi sekali gus komposer. Malah, serius dengan impian itu.

Vokal gadis berusia 23 tahun ini sudah kedengaran di corong-corong radio membawakan lagu ciptaan sepenuh miliknya, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur. Menyuntik aura cinta melalui lagu ini dengan imaginasi dan perasaan bunga-bunga mengintai seorang jejaka, itu adalah sifat Ana, penuh dengan mimpi-mimpi dan khayalan.

Hanya bermula dengan seorang pemimpi di siang hari dan masih kekal dengan sifat itu, Ana sudah berhasil menulis sekitar 30 buah lagu. Itu hasil dan impak dirinya yang banyak membaca buku cerita. Itu juga adalah amanat arwah kakak yang pernah menjadi pendorong setia jiwa seni Ana.




Lewat jatuh cinta

Lewat jatuh cinta dengan gitar, ia bukan alasan buat Ana untuk tidak meneruskan cita-citanya. Pada usia masih bergelar mahasiswi, dia yang sering berkumpul dengan kawan-kawan sambil menyanyi dan berlagu gitar menyedari bahawa instrumen itu bakal mewarnai lagi sajak-sajak yang ditulisnya. Lantas dalam hujan yang lebat dan duit yang dikongsi bersama teman, dia berlari mendapatkan Fortee 6, jolokan yang diberikan kepada gitar pertamanya yang dibeli di Petaling Jaya.

Bersatu dengan gitar milik sendiri, lagu pertama yang dilagukan berjudul Masih. "Saya menyanyi kali pertama di pentas untuk sebuah acara, Layar Tanchap yang diadakan di Shah Alam, melagukan lagu ciptaan sendiri. Secara serius pula pada acara Akustik Rantai di Annexxe, Pasar Budaya, Kuala Lumpur," ujarnya yang kala itu dalam debar campur teruja. Ungkap Ana lagi, antara faktor yang mencetuskan dirinya menyanyi sambil memetik gitar ialah temannya, seorang jejaka Jepun yang banyak memberinya inspirasi dan membawanya menonton konsert John Mayer di negara matahari terbit itu.

Bertemu Aidit Alfian

Jalan dengan hasrat yang tersimpan erat bagaikan sudah ditakdirkan apabila berlaku pertemuan dengan komposer Aidit Alfian yang menemui Ana di laman web YouTube. Nasihat yang disampaikan oleh komposer itu untuk terus berkarya antara azimat yang dipegang Ana hingga kini bergelar artis di bawah Aidit Alfian Records. Bersama Aidit, Ana mula meneroka pentas demi pentas. Lantas grup Marhaens ditubuhkan dengan anggotanya terdiri daripada Aidit Alfian, Andy FP, GG, Alfa Booty, Mie FP, Rumie Booty dan Iqbal mengiringi dan mengukuhkan lagi persembahan dan bunyi-bunyian muzik ciptaan Ana. Antara lagu yang sudah mendapat tempat di hati penggemar setianya termasuklah Tingkap Kaca, Ghost dan Mekanika.


"Perancangan kini sesudah keluar dengan single pertama, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur ialah bagi menghasilkan album pula. Jika tiada aral melintang, bulan Januari depan, album saya akan muncul dengan enam buah lagu hasil ciptaan sendiri," tuturnya yang menyatakan darah seni itu sudah mengalir deras dalam setiap ahli keluarganya menerusi pelbagai cabang.

"Sejak dulu lagi saya tidak berasa pelik apabila melihat gadis bermain gitar. Tetapi dalam dunia seni tempatan, masih belum ramai lagi yang beraksi begitu dan saya mahu bergerak secara serius. Bukan hanya menyanyikan lagu-lagu saya, tetapi jauh di sudut hati, saya mahu memberikan lagu ciptaannya kepada penyanyi lain untuk dinyanyikan," ucapnya yang mengagumi M. Nasir sebagai komposer dan penyanyi.

"Setiap lagu yang saya tulis merupakan entiti kehidupan. Setiap lagu ada momen tersendiri. Saya mahu memperjuangkan muzik Melayu. Saya mahu khalayak berasa bangga dengan lagu-lagu dan bahasa kita," ujarnya yang manis berbaju kebaya hijau muda dan duduk bersila ketika ditemu ramah.

sumber:kosmo online(18 oct 09)


Saturday, October 17, 2009

Asas panduan menjaga dan mengubati hati

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. di dalam hadis yang berbunyi:

"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahwa ia adalah hati"



Asas panduan menjaga dan mengubati hati.(Iman AL-Ghazali)

Asas pertama:
Firman Allah dalam surah al-Ghafir, ayat 19 berbunyi:

Allah mengetahui segala pengkhianatan yang bermula dari mata dan apa yang tersembunyi di dada setiap hamba.”

Asas kedua:
Sabda Rasulullah s.a.w. : ‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.

Asas ketiga:
Hati merupakan ketua kepada anggota manakala anggota anggota lain adalah ikutan kepada hati, jika elok isi hati maka tetaplah pendiriannya serta eloklah perilaku anggota anggota lain yang semuanya mengikut kehendak hati.


Renung-renungkanlah....moga2 kita tak tergolong dlm golongan ini.Wallahualam.

Sebaliknya hati yang mati tiada keharuman jiwa, ibarat bunga yang busuk sentiasa mengeluarkan bauan yang tidak menyenangkan orang lain. Dengan kata lain, orang yang mati hati tidak hertimbang rasa terhadap orang yang kurang bernasib baik.
(Abi Hamid Muhammad M Gazali, 1989. 149)




"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih"

Monday, October 5, 2009

sekadar renungan bersama

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

“Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

“Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat,” katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

“Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

“Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur,” katanya.

sumber: berita harian(4 oct 2009)

Saturday, October 3, 2009

Tahukah anda.............

PENYAKIT DAPAT MENGURANGI DOSA

Orang mukmin yang menderita suatu penyakit yang
menyebabkan kerugian fisik dan bersabar
menghadapinya, tidak mengadu-adu atau berburuk
sangka terhadap Allah SWT, maka sakitnya itu akan
dapat mengurangi dosa-dosa yang pernah dilakukannya.


ISTRI BERHAK MEMILIH SUAMI DI SYURGA

Wanita mukmin yang menikah dengan lebih dari satu
orang suami (dalam masa yang berbeda) berhak
memilih siapakah yang akan menjadi suaminya di
syurga kelak (seandainya laki-laki yang
dinikahinya masuk syurga). Rasulullah saw ketika
ditanya masalah ini menjelaskan: "Wanita tersebut
bebas memilih. Dan sudah tentu yang dipilihnya
yang baik akhlaknya".


HARAM MEMBAKAR MAYAT

Membakar mayat hukumnya adalah haram. Yang berhak
menyiksa dengan api hanyalah Allah SWT. Manusia
diciptakan dari tanah, dan dikembalikan lagi
kepada tanah. Bagi mereka yang berpendapat bahwa
membakar mayat dapat mencegah timbulnya penyakit
dan wabah, alasan yang dikemukakan itu tidak ada
hubungannya dengan agama Islam.


HUKUM MENGUBURKAN MAYAT PAKAI PETI

Tahukah Anda...menguburkan mayat orang Islam
dengan memakai peti hukumnya adalah makruh,
kecuali karena sebab-sebab tertentu seperti:
tanahnya basah dan cepat longsor, mayatnya rapuh
karena terbakar dan sebagainya dan terdaat
binatang buas yang kemungkinan dapat menggali
tanah dan hanya bisa diselamatkan mayatnya dengan
memakai rujuk dalil masalah tersebut dalam
Nihayatul Muhtaj ila Syarhil Minhaj, karangan
Imam Syihabuddin Arramli juz III, hal. 30.


MU'AZIN SALAH SATU YANG AWAL MASUK SYURGA

Orang yang azan (bilal-bilal) yang ikhlas
melaksanakan tugas mereka merupakan sebagian
kelompok pertama diseru memasuki syurga. Menurut
sebuah hadist, baginda Rasulullah SAW menerangkan
orang-orang yang akan memasuki syurga dalam
peringkat awal ialah sebagai berikut: Para Nabi,
Para Syuhada, Mu'azin di Ka'bah, Mu'azin di
Baitul Maqdis, Mu'azin yang ikhlas menjalankan
tugas mereka.


PELAYAN-PELAYAN DI SYURGA IBARAT MUTIARA BERTABURAN

Di dalam syurga, para penghuninya mendapatkan
khidmat dari para pelayan yang muda belia, usia
yang sebaya dan tidak akan berubah keadaannya.
Allah SWT mengibaratkan mereka bagaikan
mutiara-mutiara bertaburan yang tidak ada cacat
celanya. Firman Allah yang berkaitan dengan
gambaran para pelayan syurga ini, maka bacalah
Surat Al-Waqiah ayat 17-18, Surat At-Tur ayat 24
dan Al Insan ayat 19. Berdoalah, agar kita
menjadi kalangan orang mukmin yang akan memasuki
syurga dengan rahmat Allah SWT dan mendapat
layanan istimewa dari para pelayan syurga
tersebut. Amien...


JUMAAT HARI RAYA BAGI PENGHUNI SYURGA

Di akhirat khususnya di syurga ada hari-harinya
seperti di dunia ini juga, yaitu pertama hari
Jum'at, Sabtu, Minggu, Senin, Selasa, Rabu,
Kamis. Setiap hari-hari yang disebutkan itu,
ahli-ahli syurga saling ziarah menziarahi.
Anak-anak menziarahi ibu bapaknya, murid-murid
menziarahi gurunya, para umat menziarahi
nabi-nabi dan begitulah sebaliknya. Puncak
harinya ialah hari Jum'at yang dikatakan hari
raya bagi para penghuni syurga karena pada hari
itulah khususnya mereka menziarahi Allah SWT
(Rujuk Al-Jauhar Mauhub).

PENGHUNI SYURGA TIDAK TIDUR

Tahukah anda bahwa penghuni syurga tidak tidur.
Dalil menyatakan bahwa tidur adalah sejenis maut,
sedangkan penghuni syurga itu hidup. Penghuni
syurga tidak tidur karena jasad mereka tidak
memerlukan tidur.


MEMBACA AL-QUR'AN ADALAH IBADAH

Membaca Al-Qur'an merupakan satu ibadah, asalkan
diniatkan untuk ibadah dan tidak diniatkan untuk
hal-hal yang lain. Membaca Al-Qur'an merupakan
ibadah utama setelah ibadah sholat, walaupun
membacanya tidak memahami artinya, tetapi
pembacaannya dan mereka yang mendengarkannya juga
akan mendapatkan pahala.


MALAIKAT BERASAL DARI CAHAYA

Asal kejadian Malaikat itu ialah dari cahaya,
sebagaimana manusia anak cucu Adam berasal dari
tanah dan jin itu diciptakan dari api. Rasulullah
saw bersabda: "Dijadikan Malaikat itu dari Nur
dan dijadikan jin itu dari nyala api, dan
dijadikan Adam dari apa yang disifatkan bagi kamu."


SYARAT-SYARAT MENJADI WALI ALLAH

Menjadi Wali Allah (kekasih Allah) ada
syarat-syaratnya. Menurut yang diputuskan oleh
para ulama termasyur, ada tiga syaratnya yaitu:
Pertama, orang mukmin, kedua, bersifat senantiasa
melazimkan taqwa kepada Allah, ketiga, tidak
mementingkan diri dengan kelezatan syahwat,
keinginan nafsu walaupun yang mubah. Kalau
orang-orang memenuhi syarat tersebut kemungkinan
besar dialah 'Wali Allah' Wallahualam....


YANG DIMAKSUD DENGAN TAHUN GAJAH

Tahukah Anda....apakah yang dimaksud dengan Tahun
Gajah yang biasa disebutkan sebagai tahun
kelahiran Nabi Muhammad saw? Tahun Gajah adalah
tahun terjadinya penyerangan Ka'bah oleh tentara
Abraha dari Yaman. Sebagai pemimpin pasukan,
Abraha sendiri berada di depan dengan menunggang
seekor gajah besar. Motif penyerangan itu adalah
untuk menghancurkan Ka'bah, sehingga tempat suci
tersebut tidak diziarahi oleh orang-orang Arab,
karena Abraha ingin tempat suci yang dibangunnya
di Yaman, menjadi tempat ziarah yang ramai.
Berkat pertolongan Allah rencana Abraha itu
gagal, karena ia dan pasukannya terserang wabah
cacar yang mematikan.
Bahkan ia sendiri mati
karena penyakit tersebut. Peristiwa tersebut
terjadi pada tahun 570 M.



MALAIKAT JIBRIL MEMBAWA BERITA GEMBIRA

Ada sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Zar
ra, bahwa siapa saja yang tidak melakukan syirik
terhadap Allah maka ia dijamin masuk surga.
Rasulullah saw bersabda: "Malaikat Jibril datang
kepadaku untuk menyampaikan kepadaku berita
gembira, yaitu barang siapa di kalangan umatku
yang di akhir hayatnya tidak berbuat syirik
kepada Allah dengan bermacam bentuk-bentuk
kemusyrikan, dia niscaya dimasukkan ke dalam
surga......".


MATAHARI GUGUSAN BINTANG YANG SANGAT BESAR

Matahari adalah salah satu dari gugusan bintang
yang sangat besar. pakar ilmu Falak yakin, bahwa
dalam gugusan bintang kita (Galaxy Spiral)
terdapat seratus milyar bintang.
Menurut mereka
seandainya setiap menit kita mampu menghitung
seratus bintang, maka kita memerlukan dua ribu
tahun lamanya, siang dan malam untuk dapat
menyelesaikan hitungan bintang tersebut. Mengenai
besar matahari dikatakan bahwa ia lebih besar
sejuta kali lipat daripada bumi, bahkan lebih.
Wallahua'lam...


ORANG-ORANG FASIK TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM ALLAH

Orang orang fasik ialah mereka yang tidak
menjalankan hukum-hukum Allah dengan keyakinan
bahwa hukum tersebut lebih baik atau sama dengan
hukum Allah. Allah SWT berfirman, "Barang siapa
tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang
yang fasik." (Al Maidah:47)


ALLAH MEMBERI TANPA MENGUMPAT

Jika kita mendapat pertolongan manusia, belum
tentu Anda bebas dari pamrih dan omongan orang
yang menolong kita. Karena manusia itu mempunyai
sifat mengungkit, mengharapkan pujian dan
sebagainya. Karena itulah Abu Hanifah telah
berkata, "Barang siapa yang aku tidak memerlukan
hartanya maka aku tidak peduli jika ia menghina."
Kata Abu Hanifah lagi: "Pemberi yang mempunyai
Arasy, lebih baik daripada pemberianmu. Dan
anugerah-Nya yang luas di harap-harap oleh yang
menantikannya. Engkau mengotori pemberianmu
dengan umpatan, sedangkan Allah SWT memberi tanpa
umpatan dan kotoran."


HARAM MENCUKUR BULU KENING

Tahukah Anta....bahwa hukum mencukur bulu kening
atau 'alis' baik lelaki maupun wanita hukumnya
adalah haram. Rasulullah dalam sebuah hadistnya
bersabda, "Allah melaknat wanita yang mencukur
alisnya dan wanita yang minta dicukur alisnya."


DI SYURGA ADA PASAR

Seperti juga di dunia ini, di syurga juga ada
pasarnya. Keistimewaan pasar di syurga
digambarkan oleh Rasulullah saw. Dalam sebuah
hadist berikut ini, "Sesungguhnya di syurga itu
ada sebuah pasar yang didatangi oleh penduduk
Syurga setiap hari Jum'at. Maka setiap angin dari
selatan mengenai wajah dan pakain mereka,
tiba-tiba wajah dan pakaian mereka berubah
bertambah indah. Sehingga mereka kembali di
tengah-tengah keluarganya, maka keluarga mereka
berkata, 'Demi Allah, kamu bertambah bagus'.
Mereka menjawab, 'Dan demi Allah, kalian pun
sepeninggalan kami juga bertambah cantik'." (HR.
Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

mahkota ayah ibu..........


“Barangsiapa membaca Al-Qur’an dan mengamalkan isinya, Allah memakaikan pada kedua orang tuanya di hari kiamat suatu mahkota yang sinarnya lebih bagus dari pada sinar matahari di rumah-rumah di dunia. Maka bagaimana tanggapanmu terhadap orang yang mengamalkan ini,”






Friday, August 21, 2009

Ramadhan Ya Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Setiap kali Ramadhan menjelang tiba,pasti lagu ini banyak didendangkan. xkire la kt TV ke..radio ke....teringat la plak sahur Ramadhan yang lepas.....pada sape2 yang terlibat...sila refresh balik otak anda... ape yang korang dah buat yep??? Lagu nie pon ade berkait rapat ng peristiwa ari2......opss..luper la...rahsia antara kita aje kn.....(sape2 yang rase dia terlibat la).Yang xtaw diam2 sudah......

"Ya Allah,berkatilah kami di bulan Rejab, Syaaban dan sampaikanlah kami di bulan Ramadhan."


Firman Allah:
"Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana di wajibkan keatas orang-orang sebelum kamu,moga-moga kamu bertaqwa."(Surah Al-Baqarah,ayat 183)


Dikesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh umat Islam.. .. Maafkan segala salah silap saya andaikata ada yang terluka dan terguris....Marilah kita sama2 brusaha untuk memperbaiki kelemahan...Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan akhirat, InsyaAllah...

Thursday, August 20, 2009

3 jam yang menyakitkan

Ya Allah....bantulah hambamu ini.......kumohon agar dapat kembali matrik card & lab card....
dah cuak dah nie...cam2 rase ade....dah la lab card pinjam org punyer...........RM30 tu...em kne ganti pakai duit lagi........................takot sgt2...pagi tadi exited g fac nk msk lab....disebabkan lapar xmkn lagi....trs nek ke tngkat 5.kononyer nk carik mknn la kt kedai cik nazir....sanggup panjat tangga sbb lift stil rosak lagi.nk dijadikan cter,nmpk la "mak cik pejabat" yg suke tegur org xpakai mtrik card....trs la pakai...mgkin xsedar jatuh coz kelam-kabut nyer pasal..ala xsukenyerrr........tp mse2 xsedar lagi..smpai kt kedai2...ade jamuan mkn sate plak...ape lagi, org ajak..........trs la makan.....merasa gak mkn sate...emmm,mmg sedap sate2. Rugi sapa2 xdpt mkn...da la lame giler xmakan....plg last pon mse anniversary mama ngan abah................i miss that moment..


sate yg i mkn ala-ala gini laa.....

kononyer gune tangga tepi la...xnk pnjat byk tangga....at last 3-4 round fac gak panjat tangga semata-mata nk carik matrik card....tapi xjumpe2......kupasrah je la...trs hilang selera mkn..dah la sy nie susah nk mkn....letih panjat tangga da lapar balik..........hehehe.....mase dlm lab....msk dgn bantuan erlynda....hanya mampu berdoa ajela moga-moga dapat balik.......tibe-tibe...jengjengjeng..............ad org msk lab PSM dlm kul 3....dia bg mtrik card2......syukur dpt balik....dia jumpa card 2 dlm kul 12....3 jam yang amat merana bagiku.......
pape pon....hepi ending....lalalala~

terkenang sebuah memori lalu

i will miss u

my gurlfriends........

my ex-classmate

Wednesday, August 19, 2009

waiting 4 good news

Malam nie mbuatkanku bisa bingung.....esok kne jmpe PM Sarudin......omaigod, the most scary time…hehehe…PM Sarudin xde pape pon…dia ok jet p knape sy tkt kt die..Itu persoalan yg msti diungkaikan….Dalam masa yang same dok mnanti keputusan cuti sempena H1N1 yg akan diumumkan mse mjlis penutup pesta konvo.…ku ingin bangat untuk balik umah….rndu kt mama, abah and adik2…mcm-mcm crita kuar… ade yg kte ad 1 fac je cuti sminggu…ade yg kte xde cuti la….ade yg kt UTM dah kritikal… ade yg kata ade student ng staff da meninggal…xtaw mne satu btul ni…pape pon, mlm nie penentunyer…

i miss my house......
i miss my family

tiba-tiba plak dpt brita yg latihan industri kne amek sem dpn…ape nie…kate sem last…aiyoo….saper pnyer keje nie...da berpakat sume nk sem last...ade la plak sowg hamba Allah yang gatal tangan gi apply tuk sem nie.....aduyai si pembelot.....byk giler keje yg nk settlekn mggu nie…..just fokus on your work je la alia...da memang takdir ...terima ajela.....sem depan pon sem depan la....

Data visualization-2 assignment

PSM-hantar chapter 2,btlkan chapter 1

TSK-mggu depan ade test

Image Pro.- tutorial 2 & 3, perancangan projek

Modeling-xde keje gak…hehe

IT entre-xde keje….

Ya Allah, kuserahkan segalanya padamu…kupasrah dengan ketentuanMu… Andai kata ku ditakdirkan untuk balik,esok blh carik tiket….klu ditakdirkan untuk duduk di UTM,ku akan stay aje….jikalau ini adalah terbaik untukku,kuterima dgn hati terbuka….Amin.

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Lagu Pergi Tak Kembali
Penyanyi: Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


bila kita mendengar lagu nie....kte rase insaf kn....teringat pula vokalis kumpulan nasyid yang mendendangkan lagu ni,Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani telah pulang ke rahmatullah beberapa hari yang lepas...mmg betul semua orang akan merasakan saat2 kematian tapi kita xkan tahu bila kematian akan datang menjemput kita...jadi,kita kenalah sentiasa bersedia.Semua makhluk hidup akan hidup sampai suatu hari yang telah ditentukan dan kemudian akan mati; Allah menjelaskan dalam Al-Quran tentang perilaku manusia pada umumnya terhadap kematian dalam ayat berikut'

Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,
maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),
yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata,
lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Marilah kita sama2 sedakah al-Fatihah untuk arwah ustaz Asri.Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang2 yang beriman...Amin.

Friday, August 7, 2009

Sya'ban.........

Menurut hadis Rasullullah;

Sesungguhnya Allah Taala turun pada malam pertengahan(nisfu)Sya’ban ke langit dunia; maka Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, yang banyaknya lebih dari bilangan bulu-bulu kambing bani Kalb.

(Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Aisyah r.a.)


Maka,marilah kita memperbanyakkan lagi ibadah kita pada bulan ini....mgkin Sya’ban ini merupakan yang terakhir untuk kita............Saidatina Aisyah r.a juga menyatakan bahawa tidak pernah Rasullullah SAW berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Sya’ban(kecuali Ramadhan)....Sya’ban juga merupakan bulan untuk menghapuskan dosa.....bayangkanlah....betapa banyaknya dosa kita selama ini...pd malam nisfu sya’ban Allah mengampunkan lebih banyak dosa kita dari bilangan bulu kambing....seekor kambing pon xterkira bulunya...apatah lagi untuk 1 kaum...semoga hari esok lebih baik dari semalam......dan hari-hari seterusnya lebih baik dari hari ini.........



Saturday, July 11, 2009

kelebihan bulan Rejab


Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Copyrights © Ashtech Holdings Sdn Bhd
http://www.ashtech.com.my

my pets....act my lil bro nyer...


Jumaat,22 mei 2009....
Em,pe nak cter yep…..ari ni macam2 perkara berlaku kt umah sy…

Pagi tadi mama ngan abah pegi pasar..maklumla hujung minggu..nak jugak carik sesuap dua bahan untuk dibuat juadah tengahari nie....tapi balik2 je..afiq bawak masuk ikan nie...

Nak gelak la plak...xkan la nak makn ikan nie unt buat lauk..klu nak mkn pon xcukup..2 ekor aje...Wlaupon kecik je ikan nie,tp agak mahal taw..harganya lbh krg rm18 sekor... mengalahkan ikan yang kita dok makan shari2.

nie adalah ikan laga.....sbnrnya my lil bro pnyer, tp sy gak terpakse jage...



malangnye....ajalnya cuma mampu bertahan 2 bulan ajer....
ni la gambar kenang-kenagan...hehehe

present sempena mother's day

just 4 you......hepi mother's day

Heppi mother’s day

Ibu…ibu…
Engkaulah ratu hatiku….
Bila ku berduka....
Engkau hiburkan selalu..

Ibu…ibu…
Engkaulah ratu hatiku….

Bersyukur kehadrat Illahi,dengan limpah kurniaNya….dapat juga aku dibesarkan dalam keluarga yang aman dan damai ini…Ribuan terima kasih untuk mama yang sudi menjaga yaya dari kecil hingga dewasa….andai kata ada terkasar bahasa dan terguris perasaan. Yaya mintak ampun….skema sket ayat…mcm penghargaan dlm asgment plak…hehehe…memang pon penghargaan khas untuk mama…u are the best mom in the world……

Dikesempatan ini,yaya nak wish hepi mother’s day to mama.Thanks 4 lahirkan yaya and besarkan yaya sampai macam nie….pape pon,unt mather’s day taun nie yaya xde la kasi hadiah…ongkosnya enggak cukup le…hanya sekadar ini saje…yang pasti,yaya xsabar untuk celebrate anniversary mama ngan abah yang ke-22 pada 2 jun nie…kita hanya merancang,tapi segala ketentuan berada ditangan-Nya…Kepada sesiapa yang masih ada ibu ke, mak ke, mama ke...hargailah mereka sementara mereka masih ada........berbaktilah sebaik mungkin......




em,xhidup2 blog nie....da lama x update....
sbnrnya banyak benda nk share tp xsmpt nak upload ag...
tgk la shari dua ag...hehehhe...

:33::37::24::38:

Tuesday, April 14, 2009

Sama tapi tak serupa...........


Ari2 kn time ktorg balik Terengganu...cousin sy kawin..Then,d'all jmpe my family members la....My aunt ckp muka de all sebijik...mcm adik beradik(kembar kot tp len mak and ayah)...Actually, not my aunt aje...tp ramai lagi...cube le korang crik sama kt maner yerk..paper pon,saper yang bacer nie tolong ler jawab

Pool kt tepi2...juz nk taw sejauh mana d’all pnyer prsamaan...nak confirmkan aje sejauh mana pendapat orang ramai tentang mereka.....hehehe..sory yer kawanku....sajer nk bagi peluang untuk korang mencapap......................
sekali sekala apa salahnya.....

Renunglah Org Kesayangan Kamu Tidur.......

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka...
Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah. ...

Lihatlah ibu anda.... Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai tubuh kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya itu sering kita salah ertikan.
Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai.. sayangi itu... Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah Kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata... "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah tak lain adalah untuk KITA.....

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak dan juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang yg terkasih itu" tidak lagi membuka matanya, untuk selama lamanya"


p/s: Banyak2 kan la tidur klu nak org kesayangan renungi kamu.......hehehe..sekian.

Wednesday, March 18, 2009

my first entry

Dah sebulan lebih dah blog nie di create....
tp malam nie baru berkesempatan nak post my first
entry.........sibuk la katakan....
buzy memanjang tp xtaw pon wk per...hehehehe
setelah dipaksa sifuku nie...terpaksa la ikot cakap dier...
dia bangun kol 4 pagi semata-mata nak soh post blog.....