Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...akhirnya menjelma jua Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Bulan Ramadhan merupakan bulan untuk memperbanyak dan melipatgandakan amal ibadat. Allah S.W.T telah menjanjikan untuk kurniakan pahala dan kelabihan berlipatganda termasuklah juga balasan syurga.Lihatlah betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.1. Pintu syurga akan dibuka sepanjang Ramadhan,pintu neraka pula ditutup.(Allah mengasihani hambaNya yg taat beribadat dan menurut perintahNya)
2. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan ibadat dengan penuh keimanan dan keikhlasan.(perlu jaga nafsu shj)
3. Puasa mampu menjadi perisai diri drpd terjebak dgn maksiat.
4. Ia juga mampu menghapuskan segala dosa-dosa yg lepas jika kita benar2 bertaubat.
5. Jauhi dr perkara syirik samada berbentuk perbuatan,niat dan percakapan.
6. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
7. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan bila bertemu Allah kelak.
Kawan-kawan,marilah kita berpuasa untuk mendapat keredhaanNya.Kita puasa bukan hanya untuk menahan makan dan minum sahaja. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya. InsyaAllah. Selamat menjalani ibadah puasa.Semoga kita sentiasa berada dalam limpahan barakahNya....
selamat berpuasa alya ;)
ReplyDelete(eh mcm lmbt sgt je nak wish puasa. HEHE)
slmt berpuasa jgk untuk tina....
ReplyDeletesy lagi lmbt wish,esok da nk raya dah..hehe =)